PORTAL SK TENGKU MARIAM

Sekolah Kluster Kecemerlangan

Jadual Ujian Formatif 1

TAHAP 1
06/03/2012
BAHASA MELAYU 1 8.00 AM – 8.50 AM
BAHASA MELAYU 2 9.00 AM – 10.00 AM
MATEMATIK 10.40 AM -11.40 AM
07/03/2012
BAHASA INGGERIS 8.00 AM – 9.00 AM
SAINS 10.40 AM – 11.40 AM
08/03/2012
BAHASA ARAB 8.00 AM -9.00 AM
PEND. ISLAM /PEND. MORAL 10.40AM – 11.40 AM
TAHAP 2
06/03/2012
BAHASA MELAYU 1 8.00 AM – 8.50 AM
BAHASA MELAYU 2 9.00 AM – 10.00 AM
SAINS 10.40 AM – 11.55 AM
KEMAHIRAN HIDUP 12.00 PM – 1.00 PM
07/03/2012
MATEMATIK 2 7.40 AM – 8.20 AM
MATEMATIK 1 8.40 AM – 9.40 AM
KAJIAN TEMPATAN 10.40 AM – 11.40 AM
PEND. ISLAM /PEND. MORAL 11.50 AM – 12.50 PM
08/03/2012
BAHASA INGGERIS 1 7.40 AM – 8.30 AM
BAHASA INGGERIS 2 8.45 AM – 10.00 AM
PEND. SIVIK & KEWARGANEGARAAN 10.40 AM – 11.40 AM
BAHASA ARAB 11.50 AM – 12.50 PM

Kelas Hikmah Tahun 6

Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Kelas Hikmah Tahun 6 akan bermula seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 9 Januari 2012

Hari : Isnin

Masa : 1.00- 2.00 pm

Sehubungan dengan itu, semua murid diminta mengambil tindakan sewajarnya berkenaan perkara di atas.

Surat Penempatan Murid-Murid Tahun 6 Ke Tingkatan 1

Salam Sejahtera,

Merujuk kepada surat daripada PPD Batu Pahat bertarikh 18 November 2011 (No Rujukan: JPA0002.SM(31)/100-19/1/1) adalah dukacita dimaklumkan bahawa berlaku kesilapan semasa memproses penempatan murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Harian tahun 2012 yang suratnya telah diedarkan.

Sehubungan itu, semua murid diminta untuk mengambil surat baru penempatan di Pejabat Sekolah, SK Tengku Mariam mulai 24 November 2011 (Khamis) pada waktu pejabat. Bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat memohon maaf di atas kesilapan tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 07-4341657.

Sekian, terima kasih.

Cuti Persekolahan 2011 Dan Persediaan Bagi Penggal Persekolahan 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada hari Sabtu, 19 November 2011 hingga Selasa, 3 Januari 2012 dan sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 4 Januari 2012.

Pihak sekolah ingin mengucapkan “Selamat Bercuti” kepada semua anak didik dan berharap murid-murid sejahtera sepanjang tempoh berkenaan. Gunakan masa cuti untuk menimba ilmu dan pengalaman sihat dalam usaha kita membentuk generasi muda yang berwawasan dan lebih bertanggungjawab. Murid-murid juga diharapkan agar sentiasa membuat aktiviti yang berfaedah serta menyempurnakan tugasan yang dibekalkan oleh guru-guru.

Bagi semua urusan berkaitan sesi persekolahan tahun 2012 adalah disusun mengikut ketetapan berikut:

Bil

Perkara

Tarikh/Hari

Masa

Tempat

1.

Pendaftaran Murid Dan Ujian Saringan Tahun 1

29 Disember 2011 (Khamis)

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Kelas masing-masing *Pelan kedudukan kelas disediakan

2

Pendaftaran Murid Tahun 2 – 6

30 Disember 2011 (Jumaat)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak sekolah di talian 07-4341657. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Terima kasih.

LAMPIRAN 

Senarai Keperluan Peralatan Asas Tahun 2012

Senarai Keperluan Buku Kerja Tahun 2012

(Senarai di atas dalam format PDF, bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muat turun Acrobat Reader)

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012

Salam Sejahtera,

Merujuk kepada perkara di atas, untuk pengetahuan tuan/puan bantuan tersebut akan diagihkan kepada semua murid melalui ibubapa mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 18 November 2011

Hari : Jumaat

Masa   : 10.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : SK Tengku Mariam

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 07-4341657 pada waktu pejabat. Sekian, terima kasih.